Never forget..

Assalamualaikum wbt. Sepanjang kerjaya saya dalam bidang takaful, inilah tahap saya rasa paling hina-sehinanya. 

Buat pengetahuan yang membaca, client di dalam perbualan ini bukanlah client saya dari awal dia ambil perlindungan takaful. Dia ambil polisi pada awal tahun 2018 dengan orang lain. Kemudian ejennya telah berhenti pada hujung tahun 2021 dan kes beliau telah dialihkan kepada ejen lain iaitu saya untuk menggantikan ejen lama.

Sekarang tahun 2023. Saya betul-betul sedih dengan kata-kata beliau sebab sebelum ni saya tak pernah terima kata-kata sebegini daripada client-client saya yang lain sepanjang hampir 7 tahun saya dalam industri.

Nak taip ni pun saya rasa sebak..



Saya terkilan sebab selama ni saya ikhlas bekerja sebagai seorang ejen takaful. Saya berikan yang terbaik dan termampu saya untuk setiap client. Saya tak kira berapa pun komisen yang saya dapat daripada setiap client. Saya ada hampir 400 orang client. 

Hina ke ya jadi ejen takaful? Kami pun cari rezeki macam ejen-ejen dalam bisnes yang lain juga. Kenapa orang pandang ejen takaful ni macam kami ni terlalu dambakan komisen yang tak seberapa tu? Saya betul-betul sedih. 

Itu sahaja coretan kali ini. Moga orang lain tak kena macam saya kena. Moga setiap kata-kata kita hari ini tak mendatangkan kifarah buat anak-anak kita nanti.

Untuk puan, belajarlah untuk sebut terima kasih. Ucapan terima kasih pun dah buat saya gembira sebenarnya. Tanpa komisen puan pun saya boleh hidup. Sebab rezeki datang daripada Allah. Bukan komisen puan. 🫶

Comments

Popular posts from this blog

[REVIEW] Sampah oleh SN Shahnon Ahmad.

Makanan Halal di 7 Eleven Thailand.

[REVIEW] Signature Market.