Dah Kahwin?!

Assalamualaikum & salam sejahtera semuaaaa! Haha. Entri yang paling pertama tahun 2021.


Terima kasih yang masih sudi jengah blog ni walaupun takda apa sangat hehe. Ingat tak entri terakhir 30 Mei 2020? Masa tu kan, saya sebenarnya tengah kenal hati budi seseorang. Lepastu saya minta semua yang baca doakan kebaikan buat kami.


Alhamdulillah, 20 Mac 2021 kami telah disatukan sebagai suami isteri dalam majlis yang amat sederhana disebabkan PKP. Cepat betul masa berlalu. Terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua. Moga kebaikan dunia akhirat juga balasannya buat kalian.


Kronologi perkenalan kami simple sangat. Nak tulis kat sini nak bagi ingat. :P Tapi walaupun simple, entri ni agak panjang haha.


Kami berkenalan dekat satu aplikasi mencari jodoh. Kalau yang rajin ikhtiar cari jodoh, mesti tahu nama aplikasi ni. Tapi sebelum saya guna aplikasi ni, saya ikhtiar guna laman web BaitulJannah, BaitulMuslim & TillJannah. Semua saya guna pakej yang percuma je dulu walaupun masa ni mak dah cakap nak sponsor bayarkan kalau ambil pakej premium. Mestilah pakej premium lagi best sebab lagi banyak benda kita boleh akses. Contohnya: carian bakal suami/ bakal isteri tu diperluaskan lagi. Ada lagi tapi saya tak ingat sebab dah lama sangat. Saya cakap dekat mak, kalau lepas setahun saya masih tak jumpa jodoh, kita ikhtiar ambil pakej premium pula. Gitu kan sabar haha. Sebenarnya memang takda niat nak cari jodoh pun, cuma nak cari kawan. Nak kenal-kenal je dulu. Urusan jodoh tak fikir sangat pun masa ni.


Lepas tu, hati terdetik nak muat turun aplikasi Tinder dalam telefon. Ramai cakap kalau guna Tinder ni, kena extra berhati-hati sebab ramai yang suka ambil kesempatan. Jadinya, saya pun memang extra berhati-hati dan muat turun aplikasi Tinder.


Tinder ni sama juga, ada pakej yang percuma & premium. Premium ni kita boleh pilih nak bayar sebulan, tiga bulan, setengah tahun atau setahun terus. Kalau kita bayar setahun terus, memang jimat banyak. Tapi saya tetap dengan pendirian nak cuba pakej percuma dulu hehe. Memang ramai lelaki yang saya jumpa kat situ. Ada yang dari sepelik-pelik manusia sampailah yang betul-betul serius. Cara guna Tinder ni, kalau kita berkenan atau berminat nak berkenalan dengan seseorang, kita kena 'swipe right'. Kalau tak suka, 'swipe left'. 

Tips yang saya buat: Jika lelaki tu tak pakai gambar sebenar (gambar kartun/ haiwan/ pemandangan/ tak nampak muka etc), saya akan automatik 'swipe left'. Sama juga dengan lelaki yang letak gambar pergi gimnasium, tayang six packs, tayang kereta mewah; automatik saya 'swipe left'. Langkah extra berhati-hati :P


Kan niat saya awalnya cuma nak cari kawan dan bukannya jodoh kan? Jadinya, saya tak buka pun semua laman web dan aplikasi ni setiap hari walaupun masatu bosan PKP. Kalau ada mood je buka. Okay jom saya cerita pasal kronologi perkenalan kami pula. Panjang sangat dah cerita ni tapi tak sampai pun kronologinya haha.


Kronologi Perkenalan:


2 Mei 2020. 

Ada sorang lelaki ni dia 'swipe right' saya dan saya pun 'swipe right' dia. Jadinya kitorang 'matched'. Tapi entah kenapa walaupun dia tegur saya dulu, saya tak balas pun mesej dia. Haha.


14 Mei 2020.

Saya nak elakkan tertidur lepas sahur, saya buka Tinder dan ternampak mesej lelaki tadi. Tergerak hati, saya pun balas mesej dia.


15 Mei 2020.

Bertukar nombor telefon. Hijrah ke Whatsapp.


24 Mei 2020.

Buat keputusan nak serius. Laju betul buat keputusan hahaha.


23 Jun 2020.

Pertama kali jumpa. Mak saya teman.


20 Disember 2020.

Keluarga dia dari Kulim, Kedah datang ke rumah saya di Pokok Sena, Kedah untuk 'risik-risik'.


19 Mac 2021.

Bertunang.


20 Mac 2021.

Nikah.


Haaa macamtu lah serba sedikit. Macam cepat je semua jadi kan. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua yang sudi doakan kami. Saya doakan sesiapa yang sedang ikhtiar mencari pasangan hidup, dipermudahkan jua segala urusan. Mungkin boleh ikhtiar cara saya namun kena extra berhati-hati tau. 


Terima kasih sudi baca <3


Ni belanja gambar kahwin satu hehe.







Comments

Popular posts from this blog

[REVIEW] Sampah oleh SN Shahnon Ahmad.

Makanan Halal di 7 Eleven Thailand.

[REVIEW] Signature Market.