[RESEPI] Biskut Oat Buahan Campuran tanpa telur.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini saya nak kongsi resepi biskut yang pada awalnya mahu cuba-cuba sahaja tapi sedap & cantik pula kejadiannya. Haha.
Disebabkan niat hanya ingin cuba-cuba sahaja, gambar bahan-bahan semua saya tak ambil. Saya cuma ada gambar biskut yang telah siap hehe. Tujuan berkongsi di sini juga adalah untuk rujukan saya pada masa akan datang.
Saya namakan biskut ini: Biskut Oat Buahan Campuran.
Bahan A
1 cawan mentega
3/4 cawan gula perang (nak kurangkan jadi 1/2 cawan pun boleh)
1/2 cawan gula kastor
Bahan B
1 sudu chia seed yang dikisar halus ditambah dengan 4 sudu air. Biarkan sekejap sampai mengental.
1 sudu esen vanila
Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus
Bahan D
1/2 cawan cip coklat (nak letak lebih pun boleh!)
1 1/2 cawan buahan campuran (saya guna yang orang selalu guna untuk buat kek buah tu)
1 cawan oat
Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan pukul sekata rata.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Chia seed tu boleh digantikan dengan sebiji telur. Tapi saya guna chia seed sebab telur dah habis. Tapi tak sangka biskut jadi lebih rangup.
3. Apabila A & B sudah sekata, masukkan pula bahan C. Masukkan sedikit demi sedikit sampai rata.
4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Gaul rata.
5. Bentuk acuan guna sudu, saiz tak kisah. Saya buat saiz sebesar setengah sudu besar dan dapat dalam 80-90 biji biskut.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah celcius dan bakar selama 10-13 minit. Panaskan dahulu ketukar selama 10-15 minit sebelum biskut dibakar.
Comments
Post a Comment