[REVIEW] Sampah oleh SN Shahnon Ahmad.


Assalamualaikum dan selamat petang!

Hari ni saya nak cerita sikit (baca: memang sikit) mengenai novel Sampah oleh Allahyarham SN Shahnon Ahmad (13 Januari 1933 - 26 Disember 2017).

Jujurnya, saya bukan ulat buku. Saya jarang baca buku tapi suka beli buku. Tabiat yang tak bagus sebab membazir kan :'( Dalam keluarga, ada tiga orang yang sangat (baca: teramat sangat) suka membaca iaitu ayah, Along & adik saya. Kadang-kadang kekuatan nak membaca tu saya ambil daripada mereka sebagai satu motivasi. Membaca ni penting tau. Luaskan pengetahuan dan tambah ilmu. Jadinya, untuk tahun ni saya bercadang nak baca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan (1 bulan 1 buku).

Alhamdulillah untuk permulaan, saya rasa saya dah buat keputusan yang terbaik dengan memulakan pembacaan daripada tulisan Sasterawan Negara kita iaitu SN Shahnon Ahmad. Untuk peminat Bahasa Melayu macam saya, saya suka cara penulisan beliau dan cara beliau garap cerita untuk menampakkan cerita itu hidup.

Saya tak pasti saya ni emosi terlebih ke apa, tapi novel ni berjaya buat mata saya berkaca dan ada satu tahap rasa dada saya ni sesak. Bacalah, sebab ia berkisarkan kehidupan di satu sudut yang berbeza. Yang kita kadangnya tak terfikir mengenai kehidupan itu secara mendalam. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam novel ini ada yang jarang-jarang kita dengar. 

Untuk keseluruhannya, novel ni berjaya buat saya rasa nak baca lebih banyak buku. Yayyy! 

Bagi yang baru nak mula baca, ada dua perkataan yang saya nak tekankan sebab berulang.
  1. TLK: Tempat letak kereta.
  2. Kepakuman (asal: pakum atau vakum) yang membawa maksud kosong, hampa udara.
Untuk yang bertanya di mana saya dapatkan buku ini. Saya beli di laman sesawang kawahbuku.com dengan harga RM10.

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga kalian mendapat manfaat. 


Comments

  1. tq atas perkongsian. saya baru mula membaca novel ni dan keliru juga awal2 baca sbb x tahu apa maksud TLK 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kay. Maaf lambat respon. Terima kasih sudi baca blog saya :) Iya, sama juga. Saya pun tak tahu maksud TLK mula-mula. Hehe.

      Delete
  2. Terima kasih, baru nak berjinak-jinak dengan karya sasterawan negara, walaupun sudah pergi menghadap ilahi, sesungguhnya karya beliau tetap hidup dan malar dalam sanubari masyarakat yang menyanjunginya, terkesima dan kagum melihat bakat mereka dalam mencorak pemikiran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makanan Halal di 7 Eleven Thailand.

[REVIEW] Signature Market.