[RESEPI] Kentang Goreng / French Fries.
Assalamualaikum, hai dan salam sejahtera semua!
Harini saya nak kongsi satu resepi yang saya dah cuba tadi dan menjadi hehe. Disebabkan saya ni peminat French Fries dan kalau boleh tak mahu lah selalu makan yang segera punya kan 😅 Jadi, kita buat sendiri. Walaupun mungkin proses dia macam renyah tapi okay je. Jom tengok resepi di bawah:
Bahan-bahan:
1. 6 biji kentang yang dipotong jejari.
2. 3 sudu besar tepung beras.
3. 2 sudu besar tepung gandum.
4. 1 sudu besar tepung jagung.
5. Sedikit lada hitam.
6. Air, cuka, garam.
7. Bekas yang mengandungi 2-3 sudu besar gula.
8. Satu bekas air sejuk.
Cara-cara:
1. Kentang yang telah dipotong dan dibersihkan, direndam di dalam bekas yang berisi air dan 2-3 sudu besar gula. Rendam kentang selama 15-30 minit. Kalau saya, saya rendam 15 minit je hehe.
2. Kentang yang direndam tadi, ditoskan kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih yang mengandungi 1 sudu besar garam dan sedikit cuka. Rebus selama 5 minit.
3. Setelah kentang direbus, toskan kentang tadi dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Tujuannya untuk bagi kentang cepat sejuk. Tak perlulah tunggu lama-lama kan. Haha. Saya masukkan dalam freezer terus. 10 minit je terus keluarkan.
4. Toskan kentang yang dah disejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan lada hitam. Lada hitam tu kalau taknak letak pun takpe. Ikut selera kita. Saya guna bekas yang berpenutup sebab lagi mudah. Goncang-goncang je bekas tu nak bagi sebati.
5. Masa untuk menggoreng! Lepas dah sebati salutan tu, boleh terus goreng sampai kentang masak. Boleh angkat dan dah siapppp! 🤩
Comments
Post a Comment