[BUDGET & ITINERARY] Trip to Seoul & Jeju Island, South Korea.


Assalamualaikum & selamat pagi. 

     Hari ini saya nak ceritakan tentang perjalanan kami (saya, Najibah, Umi Sharifah, Arfah, Sikin & Raudah) ke Korea Selatan selama 8 hari. Perjalanan kami bermula di Seoul dan berakhir di Pulau Jeju dari 30 Januari 2020 hingga 6 Februari 2020.

Kami beli tiket KUL (Kuala Lumpur) - INC (Seoul - Incheon) pada 15 Jun 2019 dan tiket CJU (Jeju) - KUL (Kuala Lumpur) juga pada 15 Jun 2019. Manakala untuk ke Pulau Jeju dari Seoul, kami beli tiket melalui laman web T'way Air pada 5 Ogos 2019.

Harga yang disenaraikan di bawah adalah harga per pax dan kadar tukaran semasa adalah 1000 KRW = 3.50 MYR. Harga di bawah juga TIDAK TERMASUK makanan harian dan membeli belah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUL - INC (Air Asia X)
Tiket RM 319, luggage RM 89.65 & makanan RM 13.

GMP - CJU (T'way Air)
RM 96.24 termasuk luggage 15kg.

CJU - KUL (Air Asia X)
Tiket RM 329, luggage RM 145.34 & makanan RM 15.843.

Etiqa Takaful Travel 360 (Silver)
RM 41.65.

Jumlah RM 1049.74.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penginapan:

AirBNB Seoul (5 hari 4 malam)
RM 1055.63 / 6 = RM 175.94.

AirBNB Jeju Island (4 hari 3 malam)
RM 1050.21 / 6 = RM 175.04.

Jumlah: RM 350.98.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti (Semua beli di Klook):

Vivaldi Snowyland
RM 102 / 2 = RM 51 (kebetulan Klook tengah buat promo Buy 1 Free 1).

Sewa Hanbok Traditional (Hanboknam)
RM 42.

Nami Island
RM 87.

Jeju Island East Tour
RM 148.

Jeju Island West Tour
RM 142.68.

Jumlah: RM 470.68.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tambahan:

Disebabkan T-money yang saya claim di Korea Tour Organization tercicir semasa di KLIA2, saya terpaksa beli T-money baru di Seoul. Sampai je di Incheon International Airport, saya terus beli di CU convenient store yang terletak berhadapan kaunter pertanyaan.

T-money:
4000 KRW / RM 14



Topup T-money (untuk kegunaan menaiki kenderaan awam seperti bas dan train):
21000 KRW / RM 73.50
*Untuk yang tidak tahu, T-money juga boleh digunakan untuk membeli barang di convenient store seperti CU, GS25, 7-Eleven etc.

Simcard (Kongsi 6 orang, unlimited 3G- cukup-cukup untuk 8 hari sepanjang di Korea Selatan):
RM 11

Jumlah: RM 98.50.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMLAH KESELURUHAN
RM 1969.90

Bagi memudahkan urusan jual beli, saya sendiri menggunakan kad BigPay untuk membuat bayaran di kedai-kedai yang mempunyai kemudahan bayaran tanpa menggunakan wang. Berbaloi guna BigPay sebab selain dapat harga kadar tukaran semasa, kita juga boleh kumpul BIG points. Sesiapa yang belum mempunyai BigPay, anda boleh install BigPay di dalam telefon pintar anda dan gunakan referral code STN4QYDSDJ dan dapatkan RM 10 secara percuma. Kalau tak guna referral code, rugi sikit lah sebab tak dapat RM 10 hehe.

Selain menggunakan BigPay, saya juga bawa duit cash untuk kegunaan kecemasan dan juga untuk kegunaan jika ada kedai yang tidak ada kemudahan pembayaran menggunakan kad.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rencana perjalanan adalah seperti di bawah:

Hari pertama:
-Sampai di Incheon International Aiport.
-Check-in AirBNB Seoul.
-Dongdaemun (tak pergi sebab penat).

Hari kedua:
-Hanbok.
-Gyeongbokgung Palace.
-Halal Kitchen.
-Bukchon Hanok Village.
-Ewha Women University.

Hari ketiga:
-Vivaldi Snowyland.
-Namdaemun Market (sampai je sini, semua dah tutup. Sedih ye tapi takpe sebab ada satu kedai souvenir masih bukak dan kitorang beli souvenir hehe). Kalau nak ke Namdaemun Market, sila pergi sebelum pukul 6 petang tau.

Hari keempat:
-Nami Island.
-Myeongdong Shopping Street.
-Minum kopi @ A Twosome Place.
-Makan malam di Kampungku tapi tak dapat sebab pukul 10 malam dorang dah tutup. Kalau boleh datang sebelum pukul 9 malam sebab last order makanan dalam 9.20 macamtu.

Hari kelima:
-Check-out AirBNB Seoul.
-Bertolak ke Gimpo Airport.
-Flight ke Jeju Island.
-Check-in AirBNB Jeju Island.

Hari keenam (Jeju West Tour):
-Hyeopjae/Geumneung Beach.
-O'sulloc Tea Museum.
-Sengaksan Mountain.
-Cheonjeyeon Waterfall.
-Sabyeol Oreum.
-Orange Garden.

Hari ketujuh (Jeju East Tour):
-Baekyaki Oreum.
-Seongsan Illchubong Peak.
-Seopjikoji.
-Woljeong-ri Beach.
-Dongmun Market.

Hari kelapan:
-Check-out AirBNB Jeju Island.
-Balik Malaysia.


Incheon International Airport.


Naik train.


Naik bas.


Gyeongbokgung Palace.


Gyeongbokgung Palace.


Gyeongbokgung Palace.


Bukchon Hanok Village. Kat sini tak boleh bising-bising tau.


Ewha Women University.


Vivaldi Snowyland.


Nami Island (TEMPAT PALING SAYA SUKA!)


Myeong-dong.

Rambang mata uiiii.

Hyeopjae/Geumneung Beach.

O'sulloc Green Tea Farm.


O'sulloc Tea Museum.


Ni cantik ni. Songaksan Mountain.

Cheonjeyeon Waterfall.


Orange Garden. Okay nak luah perasaan. Saya bukan peminat buah oren tau. Tapi oren Jeju ni mashaAllah memang lain daripada yang lain. Kalau lepasni mengidam oren, saya nak oren Jeju Island je! :p

Baekyaki Oreum.


Seongsan Illchubong Peak.


Seopjikoji. Cantik sangat! Dulu masa AirAsia buat contest ke Jeju, saya terus pilih tempat ni masuk wishlist. Tapi tak menang pun contest tu hehe. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dapat jejak Seopjikoji!


Seopjikoji.


Woljeong-ri Beach.
 Ini pun cantik sangat! Tapi masa ni dah tak terdaya sebab cuaca terlalu sejuk dan angin kuat. Tak silap masa ni 0 darjah celcius atau 1 2 macamtu. Tambah dengan angin kuat. Gambar semua muka sememeh sebab nak cepat haha. Ni je okay. Thank you Jibah!


Akhir kata, ribuan dan jutaan terima kasih kepada Umi, Arfah, Sikin, Jibah dan Raudah sebab banyak membantu, jaga dan sayang Ili hehe. Kami semua ada tugas masing-masing untuk memudahkan perjalanan seharian. Alhamdulillah <3


TRIPACATION signing out.

Comments

Popular posts from this blog

[REVIEW] Sampah oleh SN Shahnon Ahmad.

Makanan Halal di 7 Eleven Thailand.

[REVIEW] Signature Market.