Buku 2019
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua!
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara segar ciptaan Allah.
Masih ingat lagi pada bulan April 2019 saya ada tulis satu entri di blogspot mengenai jumlah buku yang saya telah baca pada tahun 2019? Pada ketika itu, saya telah berjaya baca 10 buah buku. Secara keseluruhan pada tahun 2019 (sehingga Disember 2019), saya telah berjaya menghabiskan 17 buah buku. Alhamdulillah.
Pada entri kali ini, saya akan kemaskini tajuk buku dan penulis untuk buku yang ke-11 hingga ke-17. Saya juga akan buat konklusi mengenai buku kegemaran saya pada tahun 2019 dan juga penulis kegemaran saya.
Berikut merupakan senarai buku ke-11 hingga ke-17 pada tahun 2019;
11. Jalan Sehala - Hasrizal Abdul Jamil.
12. Gargle: Himpunan Cerita Lucu Para Doktor dan Konco-Konconya.
13. Being A Quran Tag Girl - Ayesha Syahira.
14. Menggapai Bintang: Ibrah Kisah-Kisah dalam Al-Quran - Syaari Ab Rahman.
15. Di Bawah Lindungan Ka’bah - Hamka.
16. Peribadi - Hamka.
17. Gelap-Terang Hidup Kartini - Tim Buku TEMPO.
Baiklah. Untuk buku kegemaran saya pada tahun 2019 adalah....
MENGGAPAI BINTANG.
Biarpun rata-rata buku yang saya baca banyak bagi pengajaran yang baik pada saya, tapi buku Menggapai Bintang ni memang lain daripada yang lain. InshaAllah antara asbab perubahan pembaca untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya sangat menggalakkan sahabat-sahabat saya untuk membaca buku tersebut.
Seterusnya, untuk penulis kegemaran saya pula....
Ustaz HASRIZAL ABDUL JAMIL.
Buku Ustaz Hasrizal yang saya baca semua amat menarik dan banyak beri pengajaran. Saya amat suka cara penulis menulis buku-buku beliau. Ayat-ayat yang digunakan semuanya mudah difahami oleh pembaca seperti saya.
Selain Ustaz Hasrizal, saya juga menggemari tulisan daripada HAMKA. :-)
Target saya pada tahun 2020 adalah 20 buah buku. Bermakna lebih kurang dua kali ganda daripada target saya pada tahun 2019 iaitu 12 buku; 1 bulan 1 buku.
Moga dipermudahkan sasaran saya seiring dengan sahutan Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu Dr. Maszlee Malik #MalaysiaMembaca. Biarpun pada penulisan saya ini Dr. Maszlee tidak lagi memegang portfolio Menteri Pendidikan, namun saya masih menganggap tempat beliau tidak boleh berganti. Beliau adalah antara salah satu Menteri Terbaik yang Malaysia pernah ada.
InshaAllah, buku tulisan Dr. Maszlee Malik masuk dalam senarai buku yang akan saya baca pada tahun 2020!
Comments
Post a Comment