Baca.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini rasa nak menulis sebab rindukan blog. Hehe.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi setakat hari ini Allah beri saya peluang untuk membaca & menghabiskan SEPULUH buah buku. Ya Allah betapa gembiranya saya. Saya pun tak sangka sebenarnya minat membaca ni boleh dipupuk perlahan-lahan walaupun usia dah tua. Haha.
Rata-rata buku yang saya baca banyak bagi saya ilmu baru & amat bermanfaat buat saya. Moga-moga semua penulis yang terlibat dapat sebaik-baik ganjaran di dunia & di akhirat. Saya akan senaraikan 10 judul buku yang telah saya baca.
1. Sampah - SN Shahnon Ahmad.
2. Morfina - Zy Masri.
3. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka.
4. Malaiur Manikam - Uthaya Sankar SB.
5. Secangkir Teh Pengubat Letih - Hasrizal Abdul Jamil.
6. Tivi - SN Shahnon Ahmad.
7. Buku Pink: Cerita-cerita Ibu Mengandung.
8. Risalah Malaysia Membaca.
9. Falsafah Ketuhanan - Hamka.
10. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri - Za’ba.
Ingat tak saya pernah berazam nak habiskan 1 buku 1 bulan? Alhamdulillah ini sudah melebihi sasaran saya tahun ini. Yang pasti, inshaAllah saya tak akan berhenti membaca. Siapa tahu suatu hari nanti saya diberi peluang untuk menulis & menerbitkan buku sendiri? Hehe. Aminkan cepat! Haha.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih!
Comments
Post a Comment