[REVIEW] Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh HAMKA.
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Alhamdulillah akhirnya novel TKVDW yang saya beli beberapa tahun lepas dah habis dibaca dengan jayanya dalam masa kurang seminggu. Novel ni mengandungi 350 muka surat.
Novel TKVDW mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan susunan cerita mudah difahami. Mengisahkan mengenai hebatnya cinta Zainuddin terhadap Hayati. Sosok Zainuddin diceritakan sebagai pencinta yang setia hingga akhir hayatnya walaupun pelbagai dugaan hidup yang harus dijalani.
Dalam novel ini, watak yang terkesan dalam diri saya adalah watak Khadijah yang merupakan kawan baik Hayati. Khadijah sebagai kawan baik Hayati tidak mampu menjadi kawan yang sebaik-sebaiknya buat Hayati kerana kepentingan dirinya sendiri. Pertama, apabila Khadijah mengajar Hayati untuk mengikut 'trend' walaupun dia tahu Hayati tidak selesa berbuat demikian. Kedua, Khadijah tidak jujur dengan Hayati mengenai Aziz. Masa depan Hayati sebagai seorang gadis polos dan naif dirosakkan sendiri oleh kawan baiknya, Khadijah tanpa dia sedari.
Namun, sebaliknya yang terjadi kepada Zainuddin. Kawan baiknya, Bang Muluk setia dan sentiasa berada di sisi Zainuddin sehingga hujung nyawa. Bang Muluk bukan sahaja setia, malah dia lah yang selalu menasihati Zainuddin ketika Zainuddin sudah berputus asa dengan diri sendiri.
Untuk yang masih belum baca novel TKVDW ini, saya sangat sarankan untuk anda baca dan telusuri jalan ceritanya yang hiba dan meruntun jiwa.
Saya pasti saya antara yang terlambat membaca novel ini sebab rata-rata kawan saya semua dah khatam novel ini beberapa tahun lalu. Hehe. Novel TKVDW adalah buku ketiga yang saya dah baca untuk tahun ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SETERUSNYA
Sebelum saya baca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, saya telah baca buku Morfina oleh Zy Masri. Apa yang saya tahu, penulis merupakan seorang doktor perubatan. Kandungan di dalam buku ini adalah kumpulan puisi yang dihasilkan oleh penulis sendiri. Puisi yang berkait rapat dengan kehidupannya. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada bakal jodoh yang masih belum beliau temui dan cinta kepada pesakit-pesakit dan kerjaya beliau. Apa yang menarik, penulis ada menyelitkan terma-terma perubatan di dalam puisi beliau. Kalau saya tak faham, saya terus tanya kawan doktor saya. Haha. Terima kasih Dr. Syakirah Azizi kerana membantu sahabatmu ini. Hehe.
Untuk peminat puisi, anda boleh dapatkan buku ini kerana sesungguhnya puisi-puisi yang dihasilkan oleh penulis merupakan puisi yang tulus dari hati.
Itu sahaja untuk review kali ini. InshaAllah kalau ada lagi buku yang saya dah habis baca, saya akan tulis mengenainya di sini.
Comments
Post a Comment