Paling istimewa.
1994.
Sakit ditahan,
Demi juangnya satu nyawa,
Darah hitam pekat,
Mengalir tiada henti,
Sakit ditahan lagi..
Ini yang terpaling sakit,
Dua yang lalu,
Sakitnya tidak,
Tidak sehebat ini.
Tibanya dia,
Teriak memecahkan sepi gusar,
Tersenyum girang meski sakit masih ditahan,
Melihat dia lantas,
Sakit itu,
Berlalu pergi... Hilang.
Sebelum dia tiba,
Dibilang di dalam rahim itu lelaki,
Jika benar,
Maka tiga lelaki dalam dakapan,
Namun takdir Tuhan, yang ketiga ini; seorang puteri,
Mereka bilang inilah anugerah,
Si kecil itu anugerah kegembiraan.
Bukan kerana paling disayang,
Tapi kerana dia yang dinanti setelah dua,
Mana mungkin dibelahnya kasih,
Semua dikasih serata,
Paling disayang,
Tetap satu,
Tetap dua,
Tetap tiga,
Sama, serata,
Ibu & ayah,
Bahagi kasih tentu tidak,
Kasih paling suci,
Tetap sampai tutupnya usia,
Sampai Surga.
Sakit ditahan,
Demi juangnya satu nyawa,
Darah hitam pekat,
Mengalir tiada henti,
Sakit ditahan lagi..
Ini yang terpaling sakit,
Dua yang lalu,
Sakitnya tidak,
Tidak sehebat ini.
Tibanya dia,
Teriak memecahkan sepi gusar,
Tersenyum girang meski sakit masih ditahan,
Melihat dia lantas,
Sakit itu,
Berlalu pergi... Hilang.
Sebelum dia tiba,
Dibilang di dalam rahim itu lelaki,
Jika benar,
Maka tiga lelaki dalam dakapan,
Namun takdir Tuhan, yang ketiga ini; seorang puteri,
Mereka bilang inilah anugerah,
Si kecil itu anugerah kegembiraan.
Bukan kerana paling disayang,
Tapi kerana dia yang dinanti setelah dua,
Mana mungkin dibelahnya kasih,
Semua dikasih serata,
Paling disayang,
Tetap satu,
Tetap dua,
Tetap tiga,
Sama, serata,
Ibu & ayah,
Bahagi kasih tentu tidak,
Kasih paling suci,
Tetap sampai tutupnya usia,
Sampai Surga.
Comments
Post a Comment