[BUDGET & ITINERARY] Trip to Mui Ne, Ho Chi Minh & Phnom Penh (Vietnam & Cambodia).
Assalamualaikum & selamat pagi.
Hari ini saya nak ceritakan tentang perjalanan kami (saya, Najibah, Amyra & Syafiqah) ke dua buah negara iaitu Vietnam & Cambodia selama 7 hari. Pada mulanya, kami hanya bercadang nak ke Cambodia sahaja tapi Amyra cadang alang-alang dah sampai ke Phnom Penh, baik kita lajakkan ke Ho Chi Minh sebab dekat je.
Maka, terjadilah trip kami yang bermulanya di Ho Chi Minh, Vietnam, kemudian ke Mui Ne, Vietnam, balik semula ke Ho Chi Minh, Vietnam dan akhir sekali ke Phnom Penh, Cambodia bermula dari 19 Februari 2019 hingga 25 Februari 2019.
Kami beli tiket PNH (Phnom Penh) - KUL (Kuala Lumpur) pada Julai 2018 dan tiket KUL (Kuala Lumpur) - SGN (Ho Chi Minh City) pada November 2018.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUL - SGN (Air Asia)
Tiket RM90, luggage RM25 & makanan RM8 = RM123.
PNH - KUL (Air Asia)
Tiket RM114, luggage RM55 & makanan RM8 = RM177.
Etiqa Takaful Travel 360 (Silver)
RM41.65.
Etiqa Takaful Travel 360 (Silver)
RM41.65.
Jumlah RM341.65.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: Untuk semua harga di bawah, saya tuliskan jumlah untuk 4 orang terus. Tidak termasuk makanan & shopping.
Hari pertama
Sampai Ho Chi Minh & check-in hostel. Kami sampai HCM dah lewat dan terus berehat di hostel je malam tu.
- Simcard Vietnamobile: 600,000 VND.
- Vy Da Backpackers Hostel: 512,000 VND.
- Grabcar 7 seater dari Tan Son Nhat International Airport - Hostel: 28,000 VND.
Hari kedua
Untuk hari kedua, pukul 7.30 pagi kami dah bersiap nak ke Mui Ne, Vietnam. Trip kami ke Mui Ne, Vietnam sepenuhnya diuruskan oleh VN Lotus Travel.
- Mui Ne Tour: 144 USD. Harga termasuk bas pergi dan balik, penginapan, kenderaan, air mineral.
- Entrance fee White Sand Dunes: 1,000,000 VND.
Hari ketiga
Kami bertolak dari Mui Ne pada jam 1.00 petang dan sampai di HCM jam 6.00 petang. Sampai je di HCM, kami check-in di hotel dan bersiap-siap untuk ke Malaysian Street.
- Condodo Homestay: 1,200,000 VND.
- Grabcar 4 seater: 50,000 VND.
Hari keempat
Hari kami ke Sg. Mekong bersama Bismillah Travel & Tours. Harga termasuk entrance fee, air mineral dan kenderaan. Tour selama 8 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Habis tour, kami ulang aktiviti semalam ke Malaysian Street.
- Me Kong Tour: RM220.
- Grabcar 4 seater: 75,000 VND.
Hari kelima
Pagi-pagi kami dah bersiap untuk ke Malaysian Street sebab nak sarapan dan habiskan duit Vietnam Dong. Pada jam 11.00 pagi kami akan bergerak ke Phnom Penh, Cambodia dengan menaiki bas dan perjalanan memakan masa selama lebih kurang 7 jam. Sekali lagi kami gunakan perkhidmatan VN Lotus Travel untuk uruskan tiket kami ke Cambodia. Sampai je di Cambodia, kami gunakan perkhidmatan tuk tuk abang Zahri yang pandai berbahasa Melayu untuk ambil kami di stesen bas dan hantar ke hotel.
- Tiket bas HCM - PNH: 48 USD.
- Grabcar 4 seater: 50,000 VND.
- Grabcar 7 seater: 28,000 VND.
- Tuk tuk: 4 USD.
- Hotel Grand Elevation: RM225.30
- Simcard Cellcard: 8 USD.
Hari keenam
Abang Zahri jemput kami di hotel dan mulakan tour Phnom Penh. Jujur cakap, abang Zahri memang terbaik sebab dia langsung tak berkira. Kalau kami takda duit kecik ke apa, dia yang keluarkan duit dia. Lepastu, dia banyak tolong kami untuk berkomunikasi dengan orang Cambodia. Sepatutnya tour sampai pukul 5 tapi abang Zahri bawak kami sampai pukul 8 malam camtu tanpa sebarang caj tambahan. Rasanya memang satu Phnom Penh kami berjaya pusing dalam sehari.
- Killing Field: 24 USD (termasuk audio).
- S21 Genocide Museum: 32 USD (termasuk audio).
- Wat Phnom: 4 USD.
- Tuk tuk: 25 USD.
Untuk ole-ole, kami singgah di Central Market. Harga tshirt 2 USD, fridge magnet 1 USD, key chain 3 USD.
Hari ketujuh
Masa untuk pulang! Abang Zahri jemput kami seawal 5.45 pagi dan kami sampai di Phnom Penh International Airport jam 6.30 pagi.
- Tuk tuk: 8 USD.
- Luggage wrapping: 8 USD (ikut harga individu).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah Vietnamese Dong 3,543,000 VND.
Kadar tukaran: 0.000179.
RM 634.20 / 4 = RM158.55.
Jumlah USD 297 USD.
Kadar tukaran: 4.075.
RM 1210.30 / 4 = RM302.60.
Jumlah Ringgit Malaysia RM445.30 / 4 = RM111.325.
JUMLAH KESELURUHAN: 341.65 + 158.55 + 302.60 + 111.325 = RM914.15 seorang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan no. telefon:
VN Lotus Travel
+84 90 595 8514
Bismillah Travel & Tours
+84 93 842 6895
Abang Zahri Tuktuk
+85 51 078 8460
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
InshaAllah dalam entri seterusnya saya akan isikan dengan gambar-gambar tempat menarik sepanjang di Vietnam & Cambodia. Harap dapat membantu semua! Oh ya, kalau nak lajakkan sikit lagi ke Siem Reap pun boleh juga. Tapi kami tak banyak masa.
Comments
Post a Comment