[REVIEW] Signature Market.
Nota: Semua item yang disenaraikan di bawah bukan tajaan daripada mana-mana pihak.
Assalamualaikum & salam sejahtera semua!
Hari ini saya nak cerita serba sikit mengenai produk-produk di Signature Market yang saya dah cuba sepanjang perjalanan diet saya sejak November 2018. Kiranya baru juga lah lagi ni. Dalam lebih kurang dua - tiga bulan macamtu.
1. Organic Energy Soy Milk Powder.
Disebabkan saya ni memang suka minum, tak kisah air apa-apa yang boleh mengenyangkan. Jadi, saya beli ini. Apa yang saya suka pasal Organic Energy Soy Milk Powder ni, dia tiada gula tambahan. Yayyy. Boleh minum dengan senang hati tak kira pagi atau petang. Tak manis tapi sedap.
Saya goncang dalam ni je. Letak air sejuk lagi sedap.
Kalian boleh beli di sini: https://smkt.co/28z9-1-rg
2. Brown Rice Coffee.
Untuk peminat kopi, tolong lah beli ni. Serius takkan menyesal. Pertama, dia tiada gula tambahan. Kedua, rasa karamel. Ketiga, mengenyangkan! Selalu saya minum yang ni dalam antara pukul 7 dan 8 malam. Memang sedap tak tipu.
Boleh beli di sini: https://smkt.co/28z9-1-1q6
3. Pure Green Tea Powder.
Yang ni saya beli sebab saja nak rasa. Kat rumah banyak lagi uncang teh hijau sebenarnya tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hehe. Pada pendapat saya, pure green tea powder ni biasa-biasa je. Tak berapa nak kena dengan tekak. Sepupu saya cakap, lagi sedap kalau guna ni buat kek. Haha.
Ni contoh gambar. Ye, nak hilangkan serba salah makan maggi (teringin). Kita minum teh hijau ye adik-adik. :p
4. Refreshing Lime Juice.
Jujurnya, walaupun dia ada gula (tak dijangka; sebab masa beli tak tengok betul-betul kandungan), TAPI SAYA SUKA! Masukkan air sejuk & kacau sampai gula larut. Allahu.. perasaan masa minum ni jadi terharu hahaha. Rasa bertenaga & segar je. Saya pasti akan beli lagi!
Boleh beli di sini: https://smkt.co/28z9-1-yb
5. Dried Peach.
Dried peach ni saya belikan untuk mak pada mulanya sebab katanya dried peach ni boleh tolong stabilkan hormon tiroid. Mak cakap setiap kali makan ni, mak rasa okay dan mak suka sebab sedap. Lepastu mak suruh order lagi. Hihi.
Boleh beli di sini: https://smkt.co/28z9-1-zb
6. Get Fit Extra Virgin Coconut Oil.
Pun sama juga, beli untuk mak. Banyak kebaikan VCO ni terutama untuk pesakit tiroid. Mak cakap rasa dia lain sikit daripada VCO yang mak makan sebelum ni. Yang menarik pasal VCO SM ni, dia pek kan dalam sachet. Sangat senang kalau nak travel pergi mana-mana. Tak perlu nak bawa botol besar-besar dan sudu.
7. Organic Chia Seed.
Saya beli benda ni dah lama. Punya tamak beli sampai tiga pek. Kan ada satu masa, nama chia seed tengah naik, ramai orang beli dan bagi review bagus. Tapi itu lah, saya tak suka chia seed lepas dah makan haha. Bukan tak suka apa, cuma bagi saya susah nak telan. Lagi-lagi kalau kita campur dengan air. Rasa mengganggu betul. Akhir sekali, memang tak makan pun. Biar je macamtu. Nak bagi orang pun dah lebih tarikh luput. Kan dah membazir.
Boleh beli di sini: https://smkt.co/28z9-1-2d
Konklusinya, kalau sesiapa yang nak cari makanan yang sihat dengan harga berpatutan, boleh lah pergi ke laman web Signature Market. Kalau nak jadi ahli Signature Market boleh daftar di link ni: https://smkt.co/28z9-24
Kalian akan dapat free shipping untuk pembelian pertama & ahli seumur hidup.
Secara keseluruhannya, Signature Market banyak membantu perjalanan diet saya. Perlu diingatkan, untuk diet, kita tak perlu makan suplemen yang bukan-bukan (pil kurus, ubat kurus, air kurus blablabla) semua tu. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat pun dah memadai. Yang penting, WAJIB konsisten.
Tapi Ili ni tak konsisten pun... pandai cakap eh.... T_T
Ada lagi dua item yang saya tak masukkan dalam entri ni sebab tak ambik gambar;
- C.A.R Mixed Fruit (CAR - Cranberry, Apple, Raisin).
- Easy Ready Caramel Pudding Powder (tak rasa lagi).
Comments
Post a Comment