Trip to Guangzhou, China April 2017.
Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ni baru ada masa nak cerita pasal trip kami bertiga (mak, ayah & saya) ke Guangzhou, China pada tahun 2017. Haha 2 tahun terperam cerita ni. Tak rancang pun nak pergi China tapi Alhamdulillah rezeki Allah bagi peluang pergi jalan-jalan. Hihi.
Ayah dapat pergi trip ni secara percuma sebab disponsor sepenuhnya oleh syarikat. Saya dengan mak yang tak disponsor, makanya kami guna duit sendiri. Ayah naik Malaysia Airlines, kami naik Air Asia hehe. Kami book tiket dua bulan sebelum pergi iaitu pada 3 Februari 2017. Penerbangan kami ke China adalah pada 3 April dan pulang ke Malaysia pada 6 April.
Saya dan mak berjaya dapatkan tiket penerbangan berjumlah RM600 lebih setiap seorang. Kira murah lah tu kan?
Oh ya, sebelum ke China, jangan lupa download apps VPN ya sebab di China, kebanyakan media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp) memang tak boleh digunakan kalau tanpa vpn.
Persediaan nak naik train di Guangzhou, haha. Yang ni saya guna apps Metro Guangzhou Subway.
Yang ni google map.
Perjalanan memakan masa dalam 4 jam, jadinya kita connectkan phone kita dengan Rokki by Air Asia untuk dapatkan hiburan (games, videos, movies etc).
Alhamdulillah dah sampai di Guangzhou, China.
Masa ni memang kelam kabut sebab saya tak expect orang China ni tak faham bahasa English. Komunikasi kat sini memang ting tong (ayam & itik) terutamanya kalau kita tak ada basic Mandarin. Nak menangis dan cuak betul masa ni sebab saya & mak terpaksa ulang alik berjalan kaki dari tempat ketibaan ke kawasan train, lepastu balik semula ke kawasan teksi. Tiga empat kali juga lah berulang alik dalam jarak 1-2km.
Nak cari sim card pun susah masa ni T_T Bayangkan kami tak dapat nak contact sesiapa pun masa tu sebab takde internet. Tapi Alhamdulillah lepas 30 minit macamtu, berjaya juga cari punca nak ke kawasan train & beli token kat mesin walaupun tak faham apa haha.
Walaupun masa ni MRT kat Malaysia dah ada tapi saya tak pernah naik. Jadinya bila nampak train dorang ni laju selaju alam dan tersusun je, rasa kagum lah. Padahal dekat Malaysia pun ada :p
Hotel kitorang duduk ni jauh betul daripada pusat bandar. Memang tak ada manusia langsung. Rasa pelik mula-mula, betul ke kitorang dekat Guangzhou ni haha. Yelah, Guangzhou kan pusat pelancongan & sesiapa nak borong barang jual kat Malaysia pun memang ini tempatnya selain Shenzhen.
Penginapan kami adalah di The Westin Pazhou. Yang ni ayah minta dengan company untuk upgrade bilik supaya kami dapat tidur satu family. Tak silap haritu upgrade bilik kena bayar dalam RM900. Okay lah tu sebab bila check balik hotel ni untuk 1 malam pun kos dalam RM1k.
Inilah keadaan bilik hotel kami. Puas hati sangat walaupun tandas & bilik mandi jenis kaca orang boleh nampak dari luar tu haha :p
Malam tu kitorang jalan-jalan naik train & cari makan dengan Kak Farah & Kak Nita.
Mak & ayah kita.
Serba sedikit keadaan di Beijing Lu / Beijing Road. Untuk sampai ke Beijing Road ni kami sepenuhnya guna train dari hotel dan berjalan kaki. Balik ke hotel baru naik teksi.
Canton Tower dari jauh.
Bersambung..
Comments
Post a Comment