Merenggut rasa yang kian terbuku.
Tanjung Dawai, Kedah. Berperang dengan emosi untuk bilang, atau tidak bilang. Untuk meleraikan sebuah hakikat, atau dengar mulut orang. Orang tak mengerti pangkal & akhir. Diserong pandang, tidak mahu. Diherdik, tidak mahu. Dikasihani, tidak mahu. Diam. Diam saja. Siapa engkau untuk khabarkan. Orang hanya tahu takdir yang indah. Takdir yang pedih & jelek kita simpan, kambus & kunci rapat. Kalau mahu, buang sejauhnya kunci itu. Kunci kepada buka nya yang jelek. Biar ingatan yang indah saja di benak fikiran. Ya yang indah cuma. Tapi sampai bila mahu dikunci? Bilang saja kau punya rasa. Tahu kau punya harga. Maruah mana boleh diinjak seperti tin kosong karat. Seharusnya dileraikan sebuah hakikat. Bulat kecil yang tahu, jadikan dia bulat yg besar. Biar semua tahu. Tanya diri, Sampai bila mahu dikunci? Kau juga punya masa mendatang seperti lain orang. Bahagia harus dicari bukan menanti. Menanti yang tak pasti i