[BUDGET & ITINERARY] Trip to Mui Ne, Ho Chi Minh & Phnom Penh (Vietnam & Cambodia).
Assalamualaikum & selamat pagi. Hari ini saya nak ceritakan tentang perjalanan kami (saya, Najibah, Amyra & Syafiqah) ke dua buah negara iaitu Vietnam & Cambodia selama 7 hari. Pada mulanya, kami hanya bercadang nak ke Cambodia sahaja tapi Amyra cadang alang-alang dah sampai ke Phnom Penh, baik kita lajakkan ke Ho Chi Minh sebab dekat je. Maka, terjadilah trip kami yang bermulanya di Ho Chi Minh, Vietnam, kemudian ke Mui Ne, Vietnam, balik semula ke Ho Chi Minh, Vietnam dan akhir sekali ke Phnom Penh, Cambodia bermula dari 19 Februari 2019 hingga 25 Februari 2019. Kami beli tiket PNH (Phnom Penh) - KUL (Kuala Lumpur) pada Julai 2018 dan tiket KUL (Kuala Lumpur) - SGN (Ho Chi Minh City) pada November 2018. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KUL - SGN (Air Asia) Tiket RM90, luggage RM25 & makanan RM8 = RM123. PNH - KUL (Air Asia) Tiket RM114, luggage RM