Posts

Rasa yang menyakitkan.

Assalamualaikum wbt. Sebenarnya tak ada apa pun, tapi saya rasa saya dah pendam benda ni lama. Makin dipendam, tak terluah-- rasa sakit betul dada nak pendam dan hadam. Sejak anak kedua saya dilahirkan (10 bulan yang lalu), saya banyak luangkan masa di rumah. Jarang sekali ke pejabat. Boleh kira guna jari. Salah satu sebab; saya tak sampai hati nak biarkan mak saya jaga anak-anak saya tanpa saya. Anak kedua saya selalunya memang nak pada saya sahaja. Jadinya saya amat berbesar hati untuk duduk di rumah dan jaga anak-anak. Tapi dalam masa yang sama, kerja saya tetap berjalan. Kerja dari rumah. Apa yang saya buat? Macam-macam. Selain uruskan kerja rumah; basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, masak dsb; saya juga kerja dari rumah yakni menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kerja tetapi dari rumah. Cuma apa yang sangat saya kesalkan (baca: teramat kesal) adalah ada juga orang beranggapan yang seperti ini "Ya lah, dia duduk rumah je" Apa maksudnya tu? Duduk rumah s...

Anak Kedua.

Image
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Hadirnya dia adalah hadiah kurniaan Allah buat kami sekeluarga. Usianya kini hampir menginjak 9 bulan. Anak pertama sebagai penyeri hidup kami suami isteri. Hadirnya anak kedua pula melengkapi kehidupan kami bertiga. Duhai anak-anakku, ketahuilah mummy & daddy sangat menyayangi kamu berdua. Moga kamu berdua membesar dengan baik, sihat & sempurna. Love, Mummy & daddy.

Never forget..

Image
Assalamualaikum wbt. Sepanjang kerjaya saya dalam bidang takaful, inilah tahap saya rasa paling hina-sehinanya.  Buat pengetahuan yang membaca, client di dalam perbualan ini bukanlah client saya dari awal dia ambil perlindungan takaful. Dia ambil polisi pada awal tahun 2018 dengan orang lain. Kemudian ejennya telah berhenti pada hujung tahun 2021 dan kes beliau telah dialihkan kepada ejen lain iaitu saya untuk menggantikan ejen lama. Sekarang tahun 2023. Saya betul-betul sedih dengan kata-kata beliau sebab sebelum ni saya tak pernah terima kata-kata sebegini daripada client-client saya yang lain sepanjang hampir 7 tahun saya dalam industri. Nak taip ni pun saya rasa sebak.. Saya terkilan sebab selama ni saya ikhlas bekerja sebagai seorang ejen takaful. Saya berikan yang terbaik dan termampu saya untuk setiap client. Saya tak kira berapa pun komisen yang saya dapat daripada setiap client. Saya ada hampir 400 orang client.  Hina ke ya jadi ejen takaful? Kami pun cari rezeki maca...

Dah Ada Anak?!

Image
Assalamualaikum wbt semua. Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menulis lagi di ruangan blog ini hehe. Ingat tak entri terakhir saya pada bulan September 2021? 'Fast forward' Alhamdulillah, saya dan suami telah dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang cahaya mata penyejuk hati kami berdua.  Usia anak kami sekarang 9 bulan lebih dah. Cepat je masa berlalu kan? Terima kasih atas doa yang baik-baik kalian untuk kami <3 InshaAllah nanti ada kelapangan saya cerita pengalaman mengandungkan anak pertama kami.

Dah Kahwin?!

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera semuaaaa! Haha. Entri yang paling pertama tahun 2021. Terima kasih yang masih sudi jengah blog ni walaupun takda apa sangat hehe. Ingat tak entri terakhir 30 Mei 2020? Masa tu kan, saya sebenarnya tengah kenal hati budi seseorang. Lepastu saya minta semua yang baca doakan kebaikan buat kami. Alhamdulillah, 20 Mac 2021 kami telah disatukan sebagai suami isteri dalam majlis yang amat sederhana disebabkan PKP. Cepat betul masa berlalu. Terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua. Moga kebaikan dunia akhirat juga balasannya buat kalian. Kronologi perkenalan kami simple sangat. Nak tulis kat sini nak bagi ingat. :P Tapi walaupun simple, entri ni agak panjang haha. Kami berkenalan dekat satu aplikasi mencari jodoh. Kalau yang rajin ikhtiar cari jodoh, mesti tahu nama aplikasi ni. Tapi sebelum saya guna aplikasi ni, saya ikhtiar guna laman web BaitulJannah, BaitulMuslim & TillJannah. Semua saya guna pakej yang percuma je dulu walaupun masa ni ...

Too early to decide, not too early to appreciate.

It's been a long time since i last wrote about my feelings here. Though this entry might be so random and short, but i would love to dedicate this one to a special person; you know who you are. Not knowing each other for too long. I know it's still too early to decide about my future especially when it comes to the combination of two hearts. I was unsure about my feelings at first when you came. I wasn't really know if i am ready to love and to be loved again.  My heart says that i need to always keep praying to get the answer. Because of that, your name is in my prayer every single day & every single night. I really want to know if this feeling is real or it is just a test for me. I believe in the power of doa. Because Allah holds our hearts. He's the One who makes everything become possible. Because He is The Almighty, He is The Greatest. One thing that i know, i am comfortable when you are around me. Not once i feel awkward. You make me feel happy. ...

[RESEPI] Kentang Goreng / French Fries.

Image
Assalamualaikum, hai dan salam sejahtera semua! Harini saya nak kongsi satu resepi yang saya dah cuba tadi dan menjadi hehe. Disebabkan saya ni peminat French Fries dan kalau boleh tak mahu lah selalu makan yang segera punya kan 😅 Jadi, kita buat sendiri. Walaupun mungkin proses dia macam renyah tapi okay je. Jom tengok resepi di bawah: Bahan-bahan: 1. 6 biji kentang yang dipotong jejari. 2. 3 sudu besar tepung beras. 3. 2 sudu besar tepung gandum. 4. 1 sudu besar tepung jagung. 5. Sedikit lada hitam. 6. Air, cuka, garam. 7. Bekas yang mengandungi 2-3 sudu besar gula. 8. Satu bekas air sejuk. Cara-cara: 1. Kentang yang telah dipotong dan dibersihkan, direndam di dalam bekas yang berisi air dan 2-3 sudu besar gula. Rendam kentang selama 15-30 minit. Kalau saya, saya rendam 15 minit je hehe. 2. Kentang yang direndam tadi, ditoskan kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih yang mengandungi 1 sudu besar garam dan sedikit cuka. Rebus selama 5 minit. 3. Se...