[RESEPI] Biskut Oat Buahan Campuran tanpa telur.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini saya nak kongsi resepi biskut yang pada awalnya mahu cuba-cuba sahaja tapi sedap & cantik pula kejadiannya. Haha. Disebabkan niat hanya ingin cuba-cuba sahaja, gambar bahan-bahan semua saya tak ambil. Saya cuma ada gambar biskut yang telah siap hehe. Tujuan berkongsi di sini juga adalah untuk rujukan saya pada masa akan datang. Saya namakan biskut ini: Biskut Oat Buahan Campuran . Bahan A 1 cawan mentega 3/4 cawan gula perang (nak kurangkan jadi 1/2 cawan pun boleh) 1/2 cawan gula kastor Bahan B 1 sudu chia seed yang dikisar halus ditambah dengan 4 sudu air. Biarkan sekejap sampai mengental. 1 sudu esen vanila Bahan C 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil garam halus Bahan D 1/2 cawan cip coklat (nak letak lebih pun boleh!) 1 1/2 cawan buahan campuran (saya guna yang orang selalu guna untuk buat kek buah tu) 1 cawan